Pas bersih rasuah, mampu stabilkan negara -Nik Abduh

Pas bersih rasuah, mampu stabilkan negara -Nik Abduh

Langkah NIK Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz umum berehat daripada politik menimbulkan kebimbangan berakhirnya legasi politik Nik Abdul Aziz Nik Mat. -UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mendakwa memiliki rekod bersih tanpa rasuah sekali gus meletakkan parti itu kepada kestabilan pentadbiran negara jika dipilih untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kebanyakan kes rasuah yang dilemparkan kepada Pas bersifat tohmahan semata-mata dan gagal dibuktikan secara jelas menerusi pendakwaan di mahkamah.

Menurutnya, bagaimanapun tiga parti besar iaitu Barisan Nasional (BN), PKR dan DAP sudah terpalit dengan isu rasuah sehingga ada pendakwaan di mahkamah.

“Situasi itu dapat lihat semasa Pas menjadi sebahagian daripada pentadbiran di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana tiada satu pun kes rasuah dilaporkan.

“Begitu juga dengan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas selama 32 tahun. Tiada kes salah laku melibatkan rasuah,” katanya semasa berceramah di Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh di sini malam ini.

Nik Mohamad Abduh memberitahu, parti yang bersama Pas menerusi PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) bebas daripada kes rasuah.

Katanya, jika rakyat Malaysia memilih PN pada PRU15, Sabtu ini, beliau yakin gabungan itu mampu mentadbir negara ke arah yang lebih baik. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya