‘Cina boleh cari makan kalau Tun M jadi PM’ - Utusan Malaysia

‘Cina boleh cari makan kalau Tun M jadi PM’

calon parti Pejuang kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Pejabat Pejuang Wilayah Persekutuan di Setapak semalam. – Utusan/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yakin akan memperoleh undi kaum Cina dan India pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun parti itu berteraskan bangsa Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Pejuang Parlimen Titiwang­sa, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ini kerana pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin digemari masyarakat Cina, kerana ramai bangsa itu menjadi jutawan sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, ia sekali gus menjadi merit kepada Pejuang untuk memenangi kerusi yang ditandinginya pada PRU kali ini.

“Pejuang adalah parti yang berteraskan 100 peratus Melayu. Orang Cina kata walaupun Tun (Dr. Mahathir) pemimpin orang Melayu, memimpin parti Melayu, tetapi Tun cukup adil dan saksama.

“Bila Tun jadi Perdana Menteri, yang dapat banyak manfaat ekonomi adalah orang Cina. Kita tidak pernah sekat ruang Cina berniaga. Kita tidak pernah sekat kaum asing untuk kuasai ekonomi negara,” kata beliau di Ibu Pejabatnya Wilayah Persekutuan di Setapak, semalam.

Kata beliau, Tun pernah berkata, sesiapa yang bekerja kuat merekalah layak untuk menjadi kaya kerana ia adalah hasil penat lelahnya.

CARI MAKAN

Justeru, kata Khairuddin, orang Cina ‘gembira’ jika Dr. Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri kerana mereka berasa mudah untuk ‘cari makan’ di negara ini.

Menurut beliau, meskipun dianggap calon underdog di Parlimen Titiwangsa apabila dihimpit dua pemimpin besar iaitu bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Menteri Wilayah, Khalid

Abdul Samad, namun Khairuddin berkata, ia tidak menjadi masalah buat dirinya untuk peroleh kemenangan.

“Isu nama besar kecil tidak penting. Waktu saya perjuangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mana ada nama besar?

“Kenapa nama besar tidak perjuang isu 1MDB? Saya masuk ke penjara, lokap dan saya hilang semuanya kera­na skandal 1MDB. Lelong penthouse, tanah di Putrajaya dirampas, syarikat dimusnahkan,” kata beliau

Kata Khairuddin, isu perjuangan untuk negara tidak ada pentakrifan pemimpin besar atau pemimpin kecil selain perkara itu bukan penting kerana yang lebih penting adalah nawaitu seseorang itu.

Seorang lagi calon yang turut bertanding di Parlimen Titiwangsa pada PRU15 ialah Dr. Rosni Adam mewakili Perikatan Nasional (PN).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN