Belgium tagih kudrat Lukaku

Belgium tagih kudrat Lukaku

ROMELU Lukaku menjalani latihan bersama skuad Belgium di Doha, semalam. Dia mungkin diturunkan menentang Croatia dalam usaha pasukan itu memburu tempat dalam saingan kalah mati. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez meluahkan rasa gembira apabila penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku bersedia untuk diturunkan menentang Croatia dalam aksi terakhir Kumpulan F, esok.

Penyerang tersebut sebelum ini menghadapi kecederaan yang mana dia hanya membuat lima kemunculan dalam Serie A sebelum menyertai pasukan kebangsaan negaranya ke Piala Dunia di Qatar.

Martinez berkata, kebolehan Lukaku dalam mempengaruhi pemain lain akan membantu pasukan dalam menghadapi perlawanan seterusnya dan faktor itu yang diperlukan oleh Belgium untuk menentang Croatia.

“Di dalam setiap pasukan, semua memerlukan pemain yang boleh mempengaruhi rakan sepasukannya di atas padang. Jadi kami gembira apabila Lukaku boleh bermain bersama kami kembali.

“Lebih banyak pilihan lebih bagus. Ada baki dua lagi sesi Latihan jadi kami akan lihat sama ada Romelu boleh diturunkan di kesebelasan utama menentang Croatia,” katanya.

Sebelum ini, Lukaku tidak dapat menyertai pasukannya dalam perlawanan pembukaan menentang Kanada yang menyaksikan Belgium menang tipis, 1-0 hasil jaringan daripada Michy Batshuayi pada minit ke-44.

Lukaku yang dimasukkan ke atas padang pada minit ke-81 semasa tewas kepada Maghribi 2-0, Ahad bagaimanapun gagal mengubah nasib pasukannya.

Sementara itu, tiga bintang Belgium, Kevin de Bruyne, Jan Vertonghan serta Eden Hazard dilaporkan berkelahi dalam bilik persalinan selepas kekalahan tersebut.

Ketegangan antara mereka dikatakan wujud selepas de Bruyne yang juga pemain Manchester City memberitahu wartawan sebelum perlawanan bahawa pemain Belgium ‘terlalu tua’ untuk menjadi juara kejohanan tersebut.

Pertelingkahan antara pemain tersebut dileraikan oleh Lukaku yang turut berada di dalam bilik persalinan berkenaan. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya