PH Negeri Sembilan tumbang jika UMNO, Pas jalin kerjasama

PH Negeri Sembilan tumbang jika UMNO, Pas jalin kerjasama

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tidak mustahil tumbang sekiranya UMNO bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, Pas dan UMNO mempunyai peluang untuk merampas negeri itu berbanding di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana penga­ruh kedua-dua parti itu tidak kuat berbanding PH di sam­ping taburan pengundi yang memberi peluang kepada pakatan itu.

“UMNO dan Pas mungkin boleh ambil sebab (pe­ngundi) tradisional di negeri itu (masih) ramai sikit dan kawasan luar bandar yang masih luas. Mungkin kawasan Seremban susah sikit mahu menang, tetapi kawasan kampung di negeri itu masih banyak lagi.

“Tetapi di Selangor dan Pulau Pinang susah (mahu rampas) walaupun UMNO dan Pas bergabung. Pengaruh DAP di Pulau Pinang masih kuat sebab struktur demografi.

Kawasan Seberang Perai mungkin dua parti itu boleh kuasai, tetapi tak cukup sebab kerusi banyak di bahagian pulau.

“Selangor pula banyak kawasan campuran. Walaupun kerusi (majoriti) Melayu ada lapan hingga 10 kerusi, tetapi masih tidak cukup untuk menang. Taburan pengundi di Selangor juga memang beri kelebihan kepada PH terutamanya di kawasan bandar seperti Subang, Petaling Jaya, Ampang dan Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Media sebelum ini me­laporkan, Pas menerusi Perikatan Nasional (PN) sedia berunding dengan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam PRU15 bagi mengelakkan pertembungan.

Ahad lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid dalam sidang akhbar di Alor Gajah, Melaka berkata, UMNO menetapkan tiga syarat kepada Pas dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU15.

Beliau berkata, tiga syarat berkenaan termasuk Pas perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Parti Bersatu serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ dan bukan hanya sekadar retorik politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN