Covid-19: 2,561 kes positif; 8 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: 2,561 kes positif; 8 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,561 kes berbanding kelmarin, 2,295 kes sekali gus mengatasi 1,248 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 32,157 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,875,131 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 902 kes diikuti Kuala Lumpur (683), Perak (175), Sabah (121) dan Negeri Sembilan sebanyak 111 kes. 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pulau Pinang (98), Kedah (88), Sarawak (74), Melaka (72), Johor (55), Kelantan (53), Putrajaya (51), Pahang (48) dan Terengganu sebanyak 26 kes serta hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, empat kes manakala Labuan, sifar kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 384 orang berbanding kelmarin, 393 orang, manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 51 kes berbanding jumlah kelmarin, 44 kes; selain pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 23 kes berbanding jumlah kelmarin, 11 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,437 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,750 kes.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya