Lagi laporan polis ke atas pendakwah selebriti - Utusan Malaysia

Lagi laporan polis ke atas pendakwah selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi laporan diterima polis terhadap seorang pendakwah selebriti yang dikaitkan dengan jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki, menjadikan enam laporan diterima setakat ini.

Sumber memberitahu, dua laporan terbaharu dibuat oleh mangsa di Negeri Sembilan manakala empat laporan sebelum ini dibuat di Selangor.

Menurut sumber, mangsa dikatakan pernah mengikuti program motivasi bersama pendakwa berusia 40-an itu dan daripada situ, mereka saling mengenali.

Selepas program terbabit, kata sumber, pendakwah selebriti dan mangas terus berhubung sebelum dia mengajak mangsa keluar bersama dan pernah diajak datang ke rumahnya.

“Pendakwah selebriti itu juga difahamkan pernah ke rumah mangsa dan hubungan itu bertambah akrab sebelum akhirnya remaja terbabit menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh selebriti terbabit,” katanya.

Khamis lalu, seorang lelaki berusia 40-an yang didakwa berkelakuan tidak senonoh direman enam hari sejak 9 September lalu susulan laporan dibuat beberapa mangsa membabitkan remaja sekolah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dua laporan diterima di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 30 Ogos dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan Kajang.
“Perintah reman diperoleh selepas pasukan polis membuat tangkapan ke atas selebriti berkenaan pada pukul 4 petang Khamis lalu di Shah Alam.

Perbuatan selebriti itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Klang Selatan.
Siasatan ke atas selebriti itu dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN