Tinggal sehelai sepinggang rumah hangus terbakar

Tinggal sehelai sepinggang rumah hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Felda Chiku 3, di sini, kira-kira pukul 9.40 malam tadi semasa semua penghuni sedang menonton televisyen.

Mangsa, Hasiah Saat, 59, berkata, api yang marak dengan cepat menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan semua barangan yang berada di dalam rumah.

Menurutnya, kebakaran tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM100,000 apabila enam buah motosikal dan sebuah kereta gagal diselamatkan.

“Saya bersama anak dan cucu sedang menonton televisyen sebelum mendengar jeritan yang meminta supaya keluar untuk menyelamatkan diri.

“Kami terkejut sebelum menyedari api sudah marak membakar bilik tidur yang diperbuat daripada binaan kayu di bahagian tingkat atas rumah,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Hasiah, Nik Suhana Nik Hassan, 38, memberitahu, mereka sedih apabila rumah yang dihuni sejak 38 tahun lalu musnah sekelip mata dalam kebakaran.

Katanya, bagaimanapun dia juga bersyukur apabila semua ahli keluarganya selamat termasuklah seorang bayinya yang berusia tujuh bulan.

“Kami kini tinggal menumpang di rumah adik beradik lain di kawasan berhampiran buat sementara waktu dan berharap ada pihak yang sudi membantu memberi kediaman baharu buat kami yang hilang tempat berteduh,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan boleh menghubungi Nik Suhana di talian 017-9347355 atau menerusi nombor akaun Maybank bernombor 158015149249. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.