Hasanah lepas, bebas pertuduhan pecah amanah RM50.4 juta

Hasanah lepas, bebas pertuduhan pecah amanah RM50.4 juta

HASANAH Ab. Hamid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapinya hari ini. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas setahun, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab. Hamid akhirnya dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya daripada tuduhan pecah amanah wang harta kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Pada 12 April 2021, Hasanah hanya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan-penemuan baharu berkaitan kes berkenaan dan wanita itu  akan dituduh dengan pertuduhan baharu berdasarkan kepada penemuan-penemuan itu.

Dengan keputusan hari ini, Hasanah,65, tidak lagi boleh didakwa di mahkamah atas pertuduhan serupa.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain ketika memutuskan demikian berkata, adalah tidak adil untuk Hasanah dengan membiarkan pertuduhan tersebut tergantung begitu sahaja.

“Ketika Hakim Ahmad Shahrir Mohd. Salleh (hakim asal yang mendengar kes tersebut) memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan pemohon daripada pertuduhannya, beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk berbuat demikian, pada ketika itu. Tambahan pula, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pemohon akan dituduh semula.

“Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Menurut Berdasarkan fakta bahawa pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa ini akan memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan.

“Tidak adil buatnya untuk pertuduhan ini terus tergantung di kepalanya untuk lebih dari setahun. Keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian,” kata Roz Mawar.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas tuduhan  sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik Kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Putrajaya di antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.