Kementerian, jabatan kerajaan diarah berjimat

Kementerian, jabatan kerajaan diarah berjimat

SEMUA kementerian, jabatan dan agensi kerajaan telah diarah melakukan penjimatan dengan sasaran sekurang-kurangnya lima peratus daripada baki peruntukan mengurus 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menetapkan satu garis panduan baharu dengan mengarahkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mengoptimum dan menjimatkan perbelanjaan mengurus.

Dalam dokumen 11 muka surat bertajuk “Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam Perbendaharaan Malaysia (Kemaskini 14 Julai 2022)”, kementerian itu memperincikan bahawa selaras dengan keputusan kerajaan, MOF akan membuat penjimatan ke atas peruntukan mengurus.

“Oleh itu, kementerian, jabatan dan agensi hendaklah menyusun semula peruntukan dan mencadangkan penjimatan peruntukan mengurus bagi MOF mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022.

“MOF akan memuktamad dan mengeluarkan Waran Sekatan bagi memaklumkan jumlah peruntukan yang dikurangkan,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti baharu oleh kementerian, jabatan dan agensi yang diluluskan hendaklah ditampung daripada peruntukan sedia ada kecuali dalam kes-kes tertentu yang melibatkan implikasi kos yang besar dan pelaksanaannya dianggap kritikal oleh Jemaah Menteri.

“Keperluan tambahan bagi perkara kritikal dan mendesak ini juga akan ditampung melalui penjimatan peruntukan sedia ada sama ada secara trade-off atau memansuhkan program-program yang tidak memberi impak yang signifikan kepada rakyat.

“Permohonan peruntukan tambahan untuk menampung sebarang keperluan yang tidak kritikal tidak akan dipertimbangkan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, MOF berkata pegawai pengawal perlu melaksanakan semakan semula program dan aktiviti sedia ada bagi mengenal pasti penjimatan yang boleh digunakan untuk menampung program serta aktiviti baharu secara trade-off dengan program dan aktiviti yang tidak lagi relevan atau didapati tidak memberi keberkesanan kepada kumpulan sasaran serta matlamat yang hendak dicapai.

“Tindakan menyemak semula program dan aktiviti sedia ada ini hendaklah diambil sebelum mengemukakan sesuatu program atau aktiviti baharu untuk pertimbangan Jemaah Menteri atau MOF.

“Penjimatan yang akan diperoleh hendaklah diambil kira apabila membuat cadangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN