Perincian gaji perlu difahami majikan, pekerja

Perincian gaji perlu difahami majikan, pekerja

ABDUL HALIM MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyediakan perincian isu gaji minimum yang menjelaskan hak pekerja dan majikan apabila ia dilaksanakan 1 Mei ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, ia perlu melibatkan kaedah pembayaran yang boleh difaha­mi kedua-dua pihak.

Katanya, gaji tersebut boleh dibayar mengikut minggu, hari dan jam kerana ia akan memudahkan dari segi pengiraan gaji bagi pekerja tetap, separa tetap serta kontrak.

“Gaji boleh dibayar mengikut minggu iaitu daripada RM1,500 dibahagikan dengan 26 hari bekerja dan kirakan berapa hari serta berapa minggu seorang individu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pekerja.

“Selain itu, pembayaran gaji dalam bentuk jam pula boleh dikira dengan formula ini, RM1,500 bahagi dengan 26 hari bekerja dan bahagi pula de­ngan lapan jam supaya kita dapat kadar bagi satu jam untuk pekerja.

“Sebelum ini, banyak kesatuan majikan mengatakan bahawa gaji RM,1500 dibayar RM1,500, pengiraan itu silap kerana mengikut Akta Pekerja 1955 ada kaedah mengenai pembayaran upah yang telah diperincikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed mendakwa majikan masih keliru dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kerana mekanisme pelaksanaan gaji minimum baharu itu masih belum diperinci sehingga hari ini meskipun kerajaan memberi jaminan ia akan tetap dilaksa­nakan pada 1 Mei ini.

Malah, terdapat majikan-ma­jikan yang meminta pelaksanaannya ditangguhkan.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Halim menggesa pihak-pihak majikan kembali kepada tanggungjawab mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundi­ngan Gaji Negara iaitu seksyen 26 (1) tahun 2013 yang mengkehendaki gaji pekerja disemak setiap dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN