Kahwin sahaja di Perlis – Ruzaini

Kahwin sahaja di Perlis – Ruzaini

Nikah sindiket
PERNIKAHAN di Thailand tanpa mendaftarkan semula pernikahan itu di negara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah pada masa depan terutama urusan pendidikan anak dan tuntutan harta pusaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasangan yang berhasrat berkahwin di Thailand kerana mahu berpoligami digalak­kan bernikah di Perlis yang tidak memerlukan persetujuan isteri pertama untuk berbuat demikian.

Difahamkan, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang syaratnya tidak memerlukan persetujuan isteri pertama untuk bernikah lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, pasa­ngan dari negeri lain juga boleh men­daftar untuk berkahwin di sini mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, lazimnya, pasangan yang bernikah di Thailand perlu bermalam di negara itu untuk satu malam bagi mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla.

“Ada dalam kalangan pasa­ngan ini yang tidak bermalam, jadi mereka tidak mendapat surat pengesahan tersebut dan menjadikan proses mereka tidak lengkap dan sukar untuk didaf­tarkan di negeri ini.

“Oleh itu, tak perlulah menikah di Thailand dan sebaliknya menikah sahaja di Perlis sebab tidak memerlukan persetujuan isteri pertama. Orang dari negeri lain pun boleh menikah di sini.

MUDAH URUSAN

“Selain itu, Perlis juga memudahkan urusan pendaftaran pasangan yang berkahwin di Thailand yang mana dengan tidak dikenakan sebarang tindakan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, dalam sesi soalan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Mohd Ridzuan Hashim (Pas – Guar Sanji) mengemukakan soalan mengenai jumlah perkahwinan yang tidak berdaftar dan apakah usa­ha mempermudahkan urusan pendaftaran tersebut.

Mohd. Ridzuan turut mencadangkan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengadakan hubungan secara langsung dengan ejen dan KJM agar tidak berlaku masalah pasangan berkahwin di Thailand dan tidak berdaftar di Malaysia.

“Memang banyak masalah sebegini, boleh dikatakan beribu pasangan tidak berdaftar di Perlis sebab masalah ini sudah lama. Di DUN saya sendiri ada beberapa pasangan.

“Masalah timbul apabila anak mahu bersekolah, masuk universiti dan berkahwin. Masalah juga berlaku apabila pasangan bercerai dan tidak boleh menuntut pusaka ataupun hak mereka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji itu.

Tambah Ruzaini, pada masa ini, beliau tidak mempunyai data namun sememangnya diakui ramai pasangan berpoligami di Perlis.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan ejen-ejen nikah Siam mendedahkan lebih 300 pasangan dalam senarai me­nunggu melangsungkan perkahwinan di Thailand sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN