Jawab segera surat tawaran haji, wajib lulus ujian kesihatan

Jawab segera surat tawaran haji, wajib lulus ujian kesihatan

PERATURAN ketat yang dikenakan kepada bakal haji negara ini demi keselamatan mereka sepanjang berada di Tanah Suci Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 14,306 bakal haji perlu menjawab surat tawaran yang telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada mereka dengan segera.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran kepada mereka yang berkenaan bermula semalam bagi musim haji musim haji 1443H/2022M.

Jelasnya, bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

“Disebabkan kesuntukan masa, pihak kami mohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan,” kata beliau.

Syed Saleh turut memaklumkan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Para bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia.

“Bakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid 19, digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan,” jelasnya.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya