Bersatu wajar runding ‘khemah besar’ dengan PH

Bersatu wajar runding ‘khemah besar’ dengan PH

Pembangkang perlu berusaha keras bagi membentuk bekerjasama di bawah ‘ khemah besar’ jika mahu berdepan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cetusan idea oleh Pakatan Harapan (PH) membentuk gabungan pelbagai parti atau ‘khemah besar’ untuk menentang Barisan Nasional (BN) wajar dirunding oleh semua parti pembangkang tidak terkecuali Perikatan Nasional (PN) terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, ia adalah suatu yang wajar kerana tujuan semua parti adalah untuk mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Kalau PH boleh buat perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan, kenapa tidak PRU15 juga buat satu bentuk kerjasama atau pa­ling tidak pun berunding dahulu.

“Tidak semestinya mesti wujud satu gabungan baharu melalui khemah besar ini, tetapi memadai kalau ada persefahaman dan kerjasama semua pihak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Khamis lalu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, beliau menggesa kepimpinan PH supaya tidak terus menutup ruang perbincangan dengan parti pembangkang, termasuk Pas dan Bersatu di blok kerajaan.

KERJASAMA

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa PH membincangkan isu kerjasama dalam mesyuarat Majlis Presiden dan bukan melalui kenyataan terbuka bagi mengelakkan kekeliruan.

Kelmarin, Timbalan Pre­siden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula berkata, Bersatu belum membuat keputusan berhubung idea itu dan perlu dibincangkan dalam MPT parti berkenaan.

Ditanya bagaimana mungkin persefahaman dan kerjasama itu terbentuk ketika PH dan PN berada di posisi bertentangan sebagai pembangkang dan kerajaan, katanya, beliau melihat masih ada peluang ke arah itu.

“Saya akui memang ada perbezaan dari aspek ideologi dan hala tuju parti, tetapi macam saya cakap, kalau benar PN terutama Bersatu ke PRU15 bagi menghadapi BN pada masa sama jika PH serius menghada­pinya, bagi saya rundingan perlu dijalankan. Kalau kedua-duanya pentingkan diri, saya tidak rasa akan ada yang untung,” katanya.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan menyertai ‘khemah besar’ yang dicadangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN