Bakat ATM terima sumbangan RM350,000 untuk perkasa ahli - Utusan Malaysia

Bakat ATM terima sumbangan RM350,000 untuk perkasa ahli

Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah (tengah) bersama sebahagian ahli Bakat ATM pada majlis Khatam al_quran badan tersebut di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menerima sumbangan bernilai RM350,000.00 daripada Affin Hwang Investment Bank Berhad dalam usaha memperkasakan ahli pertubuhan itu yang terdiri daripada isteri pegawai dan anggota tentera.

Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM, Puan Sri  Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Bank Berhad, Mona Suraya Kamaruddin pada Majlis Khatam Al-Quran Bakat ATM.

Muhaini berkata, sumbangan itu merupakan aspek sokongan kepada Bakat ATM dalam usaha memperkasakan ahlinya yang terdiri daripada para isteri pegawai dan anggota ATM.

Menurutnya, sumbangan itu membolehkan Bakat mengadakan pelbagai program dan latihan yang dirancang untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran ahlinya, lebih-lebih lagi kepada golongan yang memerlukan bantuan di bawah jagaan Bakat dalam kategori asnaf.

“Setiap program yang dirancang merupakan hasrat untuk menjadikan Bakat sebagai sebuah organisasi yang berwibawa melalui proses transformasi dan hala tuju tersendiri bagi menuju ke arah aspirasi pembentukan Bakat 2.0. 

“Ia bertujuan menjadikan ahlinya berdaya saing seterusnya menjadikan organisasi ini lebih cemerlang dalam semua aspek meliputi kebajikan, pendidikan, sosial, keagamaan dan keusahawanan.” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai usaha kini juga dilaksanakan bagi merealisasikan Transformasi Bakat 2.0 dengan halatuju Pembangunan Ekonomi Keluarga melalui kerjasama agensi-agensi luar seperti pelaksanaan Program Kelas Jahitan Kreatif.

Tambahnya, ia juga melibatkan pembukaan Amal Shoppe di setiap Bakat Perkhidmatan dan pembangunan latihan bagi setiap ahlinya melalui platform digital e-BAKAT yang bertujuan untuk memperkasakan mereka melalui pembangunan modal insan yang teratur serta berpotensi tinggi.

Sementara itu, 80 ahli Bakat Tentera Darat, Laut dan Udara menyertai Khatam Al-Quran yang merupakan aktiviti kerohanian dan pemerkasaan aspek keagamaan melalui pelaksanaan tadarus al-Quran sempena bulan Ramadan sejak 4 April lalu yang dipimpin seramai 10 pegawai dan anggota wanita dari Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya