Rakyat boleh teliti pencapaian kementerian di program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari - Utusan Malaysia

Rakyat boleh teliti pencapaian kementerian di program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari

Ismail Sabri Yaakob berbual bersama orang ramai di Karnival Kerjaya PERKESO pada Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat boleh menilai dengan lebih teliti pencapaian setiap kementerian di program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang berlangsung sejak Khamis lalu sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau memahami bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan pimpinannya ini. 

Beliau berkata, rakyat digalakkan untuk mengambil peluang dengan meneliti pencapaian kementerian dan melihat sendiri program yang disediakan di situ. 

“Pada 24 September lalu, saya telah memuktamadkan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian (50 peratus), Penilaian Prestasi Menteri (25 peratus) dan Persepsi Awam (25 peratus) terhadap Menteri dan Kementerian.

“Saya tidak dapat menyebut Aspirasi 100 hari kesemua kementerian satu persatu, namun, rakyat boleh meneliti pencapaian mereka melalui program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang berlangsung pada 9 sehingga 12 Disember.

“Ambillah peluang ini untuk melihat sendiri program yang disediakan, termasuk program Bantuan Aspirasi Kerajaan, pameran peluang kerjaya, kaunter perkhidmatan kerajaan dan banyak lagi program yang dibentuk khusus untuk Keluarga Malaysia.

“Keluarga kita ialah tanggungjawab bersama. Kita tetap bermuafakat dalam apa jua keadaan, kerana aspirasi dan matlamat kita ialah inspirasi kita bersama, ibarat kata pujangga ‘Banyak perkara boleh mengubah kita tetapi kita bermula dan berakhir dengan institusi keluarga’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN