PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan isu buli yang tular dalam media sosial ketika ini bukan berlaku di institusi pendidikan di bawah kementerian itu.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook berkata, ia berdasarkan siasatan awal pihaknya selepas menerima hantaran video tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama.
“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.
“KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya hari ini.
- Wajah ‘gengster’ buli pelajar tular
- Pelajar ditumbuk di perut: Tidak libatkan institusi Kementerian Pendidikan
- Pelajar ditumbuk di perut: ‘Apakah yang sebenarnya berlaku?’
- Pelaku buli merayu, harap ibu bapa mangsa tak buat laporan polis
Sebelum ini, tular video menunjukkan beberapa pelajar melakukan aktiviti buli di salah sebuah institusi pendidikan.
Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku, namun, melalui penampilan kesemua pelaku dan juga mangsa, kebanyakan mereka dipercayai pelajar sekolah.
Video itu yang tular di laman Instagram, Facebook dan Twitter memaparkan seorang pelajar berbaju merah telah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh pelajar lain.
Mereka seolah-olah menjadikan perut mangsa sebagai ‘punching bag’ untuk menguji kekuatan tumbukan masing-masing. -UTUSAN ONLINE