fbpx

8 Disember 2021, 12:25 pm

  TERKINI

Program tv China dikritik tiru Squid Game

PERBANDINGAN tulisan poster Squid Game dan Squid Victory (kanan). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Platform penstriman China didakwa meniru bulat-bulat drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game selepas mengiklankan rancangan permainan baharu, Squid Victory.

Perkhidmatan penstriman, Youku yang mempunyai 90 juta pelanggan adalah platform hiburan paling popular di China kerana saluran Netflix diharamkan di negara itu. 

South China Morning Post melaporkan, Youku dikritik hebat oleh pelbagai pihak selepas poster baharu rancangan itu dikongsikan dalam talian. 

Squid Victory didakwa meniru isi kandungan dan reka bentuk poster drama bersiri popular dari Korea Selatan. 

Rancangan permainan baharu yang diumumkan pada Rabu lalu itu menghendaki peserta mengambil bahagian dalam permainan kanak-kanak secara skala besar.

Aspek penjenamaan juga menyerupai reka bentuk yang dihasilkan oleh artis grafik Squid Game. 

Pengguna laman web Weibo versi lain seperti Twitter menularkan gambar poster tersebut dengan menyifatkan ia sebagai sangat ‘memalukan’. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI