Ketepi perbezaan politik tuntut hak Sabah-STAR - Utusan Malaysia

Ketepi perbezaan politik tuntut hak Sabah-STAR

JEFFREY Kitingan (empat kiri) menyempurnakan simbolik kerjasama antara KOPSTAR dan Trucknet di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengajak semua parti politik di negeri ini untuk bekerjasama bagi memastikan tuntutan hak-hak Sabah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, parti itu sentiasa terbuka kepada sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dengan mana-mana parti politik demi memastikan suara Sabah lebih didengari.

Timbalan Ketua Menteri ini berharap agar semua parti politik terutama parti tempatan akan mengenepikan perbezaan masing-masing dan bekerjasama sebagai sebuah entiti seperti di negeri jiran, Sarawak dalam menuntut hak-hak negeri.

Pada masa ini, terdapat perpaduan antara kerajaan dan pembangkang untuk mengembalikan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Jika dilihat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, semua wakil rakyat sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengurangkan wilayah laut Sabah dan Sarawak daripada 12 batu nautika kepada tiga batu nautika. Ia membabitkan pengurangan sembilan batu nautika atau 16.5 kilometer.

“Malah, pada April lalu, saya turut mengeluarkan kenyataan bahawa akta tersebut bertentangan dengan perlembagaan. Maka, kita menuntut agar undang-undang itu hanya dilaksanakan di Semenanjung sahaja kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah mempersetujui akta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran memorandum persefahaman antara Koperasi STAR Sabah Berhad (KOPSTAR) dan Trucknet Machinery Trading Sdn Bhd (Trucknet), hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ini berkata, kerjasama itu diharap dapat membantu anggota koperasi, terutama petani untuk mengangkut dan memasarkan hasil tani mereka.

“Melalui perjanjian ini, anggota koperasi dapat memiliki mesin ringan ini melalui pembiayaan pembelian mudah yang dirancang oleh KOPSTAR,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOPSTAR Holdings Sdn. Bhd, Datuk Iskandar Abdul Malik berkata, koperasi itu berharap dapat mengedarkan 2,000 trak ringan kepada anggota dan pembeli lain yang berminat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya