HSKBC: Ganti semula ikut keluasan - Utusan Malaysia

HSKBC: Ganti semula ikut keluasan

MEOR RAZAK MEOR ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sahabat Alam Sekitar (SAM) hari ini menggesa kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari bertindak menggantikan kawasan  Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC) yang telah dinyahwarta dengan keluasan dan kualiti hutan setarafnya.

Pegawai lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata,  langkah tersebut dilihat lebih berkesan sebagai pengekalan hutan simpan dan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar di negeri itu.

” Pengekalan kawasan berhutan sedia ada khususnya di Mukim Kota Raja, Daerah Petaling, Selangor dan di Lembah Kelang adalah amat penting kerana ia berperanan untuk mengimbangi antara pembangunan fizikal dengan kawasan semula-jadi.

” Oleh kerana pembangunan fizikal terutama perubahan guna-tanah kepada perbandaran begitu pesat di Lembah Kelang sedangkan zon hijau semakin berkurangan menyebabkan kadar pelepasan gas rumah hijau semakin meningkat dan boleh memberi impak kepada kualiti kehidupan penduduk persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mingguan Malaysia semalam melaporkan HSKBC semakin mengecil apabila dalam tempoh 96 tahun sejak 1924 sehingga 2020 mengalami penyahwarta sebanyak 21 kali membabitkan kawasan seluas 12, 892, 48 hektar.

Dalam pada itu, Meor Razak berkata, pihaknya turut mempersoal justifikasi dan keperluan pihak berkuasa negeri meluluskan kawasan hutan tersebut untuk tujuan pembangunan sedangkan ia adalah antara kawasan semula jadi yang masih terdapat di Mukim Kota Raja, Daerah Petaling, Selangor.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya