Jangan bertelagah dalam sampaikan dakwah - Utusan Malaysia

Jangan bertelagah dalam sampaikan dakwah

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyerahkan sumbangan kepada keluarga pekerja pembersihan dan pekerja kantin di daerah ini terjejas pendapatan pada program yang diadakan di Masjid Dato Haji Abdullah Sijang, Port Dickson, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Golongan pendakwah di negara ini dinasihatkan supaya tidak bertelagah sesama sendiri selain perlu sentiasa bermuhasabah diri dengan hati yang ikhlas dalam menjalankan tugas-tugas dakwah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebagai pendakwah, mereka perlu mempunyai hati yang lapang serta boleh dibawa berunding selain perlu memahami antara satu sama lain.

“Bagi saya, semua hendaklah berdamai, mereka mempunyai ilmu pengetahuan, hati dan jiwa yang ikhlas serta mempertahankan ukhwah.

“Semua pihak perlulah buang yang keruh, ambil yang jernih dan saling bermaafan, sentiasa muhasabah diri. Saya juga mendahului untuk meminta maaf berkaitan segala kesilapan termasuk dalam memberi bantuan, menyampaikan dakwah, sudut pandang yang baik kerana agama Islam itu indah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mykasih Care dan Al-Basith di Masjid Dato’ Haji Abdullah Sijang, dekat sini hari ini.

Dalam program berkenaan, Zulkifli menyerahkan sumbangan secara pandu lalu kepada keluarga pekerja pembersihan dan 30 orang pekerja kantin yang terjejas pendapatan di daerah ini.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan, pihaknya akan mengadakan perbincangan berkaitan untuk mewujudkan tanah perkuburan Islam yang khusus untuk pengebumian jenazah Covid-19 di negara ini.

“Saya memohon untuk tawakuf dahulu kerana memerlukan tumpuan kepada tanah perkuburan di Wilayah Persekutuan bagi isu ini. Saya akan berbincang dengan mufti, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, jabatan hal ehwal agama Islam negeri-negeri dan majlis agama Islam bagi isu seperti ini.

“Sekurang-kurangnya dapat satu terbaik bagi jenazah dan menguruskan cara dalam pengurusan jenazah Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya