Video aksi lucah: UMNO Seremban minta Lembaga Disiplin ambil tindakan - Utusan Malaysia

Video aksi lucah: UMNO Seremban minta Lembaga Disiplin ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: UMNO Bahagian Seremban meminta Lembaga Disiplin UMNO dan Majlis Tertinggi parti itu mengambil tindakan sewajarnya susulan tersebarnya video aksi lucah membabitkan seorang pemimpin utama UMNO bahagian tersebut.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarof berkata, video berkenaan yang telah tersebar sejak Jumaat lalu benar-benar telah mencemarkan imej parti malah turut telah dijadikan bahan sindiran oleh parti lawan.

“Surat dan laporan telah kami hantar kepada Lembaga Disiplin UMNO kelmarin dan saya berpandangan perkara ini sesuatu yang begitu mengaibkan, ia bukan sahaja sudah tersebar dalam kalangan ahli UMNO, tetapi ahli parti lain.

“Lembaga Disiplin UMNO yang boleh menentukan, imej UMNO Seremban kena dibersihkan, kita mahu menghadapi pilihan raya, jika tiada apa-apa tindakan, isu ini akan terus dimainkan dan bagaimana kita mahu berkempen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, tambah beliau, salinan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO itu telah diserahkan juga kepada Presiden UMNO, Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mengesahkan individu terbabit kini gagal dikesan, malah, akaun Facebooknya juga telah dipadam.

“Individu tersebut juga telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp pada malam hari video itu tersebar.

“Pemuda UMNO Seremban menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya