Pengamal media Kelantan terima suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Pengamal media Kelantan terima suntikan vaksin

SEBAHAGIAN pengamal media Kelantan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Seramai 31 pengamal media pelbagai agensi yang bernaung di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), menerima suntikan vaksin dos pertama masing-masing hari ini.

Proses suntikan bermula pukul 9 pagi di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Jurugambar Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Zulkarnain Kamaruddin, 48, mengakui bersemangat dan teruja untuk menerima suntikan vaksin dos pertama tersebut.

Menurutnya, pemberian vaksin itu satu penghargaan kepada warga media yang merupakan salah satu kumpulan petugas barisan hadapan atau frontliner ketika negara berdepan ancaman pandemik Covid-19.

“Kami warga media terdedah kepada jangkitan Covid-19 setiap kali turun ke lapangan terutama di kawasan berisiko tinggi bagi membuat liputan.

“Selepas divaksin, kami menjadi lebih yakin untuk membuat laporan berita kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu wartawan Soon Xue Ning, 34, dari China Press memberitahu, dia berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap pengamal media yang sentiasa terdedah kepada penularan Covid-19.

Katanya, inisiatif sama diharap dapat diteruskan kepada pengamal media di negeri-negeri lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya