7,000 barisan hadapan, penjawat awam ditawar kediaman mampu milik - Utusan Malaysia

7,000 barisan hadapan, penjawat awam ditawar kediaman mampu milik

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hampir 7,000 petugas barisan hadapan termasuk penjawat awam di Pulau Pinang ditawarkan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik oleh kerajaan negeri sejak 2008.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, hampir 1,000 pemohon juga telah dipilih ketika ini dan bakal ditawarkan unit-unit kediaman mampu milik yang disediakan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan terus menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah terutama ketika pandemik Covid-19 bagi memastikan mereka mempunyai kediaman sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Jagdeep, pihaknya juga akan memastikan hanya mereka yang layak akan terpilih.

Selain itu katanya, keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan termasuk penjawat awam untuk mendapat unit kediaman yang ditawarkan kerajaan negeri.

“Setakat ini kita telah mencapai 53.52 peratus daripada sasaran membina 200,000 unit menjelang 2030,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jagdeep berkata, semua pihak perlu terus berdisiplin untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Pulau Pinang melaporkan 372 kes semalam iaitu yang kedua tertinggi setelah mencatatkan 395 kes pada 13 Mei.

“Ketika jumlah kes Covid-19 meningkat, kita semua harus terus berdisiplin dengan mematuhi SOP bagi mencegah wabak ini dari terus merebak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN