Lori rempuh 11 kenderaan: Pemandu positif dadah

Lori rempuh 11 kenderaan: Pemandu positif dadah

LORI yang merempuh 11 kenderaan termasuk Nissan Almera di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masalah brek dan pemandunya positif dadah jenis amfetamin atau metamfetamin menjadi tumpuan siasatan nahas membabitkan sebuah lori 10 tan yang me­rempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini kelmarin.

Pemandu lori berusia 51 tahun itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kemalangan kira-kira pukul 4.20 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah brek lori ketika menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lori terbabit kemudian terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh 11 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.

Nahas itu mengakibatkan seorang pemandu Subaru XV berusia 58 tahun cedera parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Al Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“Isterinya, 53, dan cucu lelaki berusia 17 tahun yang turut berada dalam kenderaan sama dirawat di hospital berkenaan dalam keadaan stabil.

“Seorang lagi mangsa, pemandu Perodua Myvi berusia 29 tahun, mengalami kecederaan badan dan berada dalam keada­an stabil,” katanya semalam.

Sarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Abdul Nasser Peping, di talian 012-286 3875 bagi membantu siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini