Daripada rakan sekerja, kini pasangan hidup - Syed Saddiq

Daripada rakan sekerja, kini pasangan hidup – Syed Saddiq

Syed Saddiq Abdul Rahman dan Bella Astillah selepas selesai majlis akad nikah di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Bella Astillah, menerusi sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka, semalam.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui berasa gementar sebelum melafazkan akad nikah, malah tangannya menggigil ketika berhadapan detik penting berkenaan.

Katanya, perasaan itu bagaimanapun hilang sebaik sahaja lafaz akad nikah disahkan oleh jurunikah, sekali gus membolehkannya memulakan kehidupan baharu sebagai suami kepada Bella.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila ustaz katakan ‘sah’, itu adalah detik paling penting dan kegembiraan luar biasa itu memang tiada tandingan. Sejujurnya, sebelum ini gementar macam mana pun ketika debat di Parlimen, saya tiada masalah.

“Tetapi tadi, tangan saya memang menggigil gementar. Namun, sebaik sahaja semuanya selesai, rasa gementar itu hilang dan kini saya bersyukur sudah bergelar suami kepada pasangan tercinta, Bella Astillah,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memohon orang ramai menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina bersama pelakon dan penyanyi itu sentiasa dilindungi daripada sebarang rintangan.

Beliau menyifatkan penyatuan mereka sebagai bukti kekuatan doa yang membawa hubungan daripada rakan sekerja kepada pasangan hidup.

“Doakan saya dan Bella. Kita tahu dalam kehidupan pasti ada rintangan dan cabaran. Atas berkat doa kalianlah yang menyatukan kami berdua, daripada pasangan kerja ke pasangan hidup,” katanya.

Sementara itu, Bella turut melahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis pernikahan bertemakan Arab Islamik itu, selain menghargai sokongan dan doa orang ramai sepanjang perjalanan hubungan mereka.

Terdahulu, pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan di aras 118, Menara Merdeka Maybank dengan konsep serba putih.

Mereka turut merancang mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober ini, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Hubungan mereka mula rapat pada 2025 selepas menjadi duta sebuah jenama pakaian sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini