4,519 kes positif; 2,719 kes sembuh; 25 kematian - Utusan Malaysia

4,519 kes positif; 2,719 kes sembuh; 25 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan mendadak kes positif baharu Covid-19 iaitu 4,519 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 2,719 kes.

Sebanyak 25 kematian kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 36,564 kes berbanding semalam iaitu 34,789 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 393 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 210 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif baharu iaitu 1,722 kes diikuti Kuala Lumpur, 557 kes; Sarawak, 479 kes; Kelantan, 373 kes; Pulau Pinang, 363 kes; Johor, 288 kes; Kedah, 183 kes; Perak, 108 dan Melaka, 100 kes.

“Baki negeri merekodkan Pahang, 99 kes; Negeri Sembilan, 98 kes; Terengganu, 71 kes; Sabah, 63 kes; Putrajaya, 12 ke manakala Labuan, dua kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya