Zakat fitrah di Perlis kekal RM7 - Utusan Malaysia

Zakat fitrah di Perlis kekal RM7

TUANKU Syed Faizuddin (tengah) pada majlis Rukyah Hilal Ramadan anjuran Jabatan Mufti Perlis di tapak cerapan hilai negeri di Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan mesyuarat jawatan kuasa fatwa negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Titah Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs, bagi umat Islam yang menunaikan zakat dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi seorang iaitu bersamaan 2.6 kilogram.

“Setiap orang Islam yang tinggal di dalam negeri Perlis berkaitan kewajipan mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan itu bagi dirinya dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya,” titah baginda pada majlis Rukyah Hilal Ramadan anjuran Jabatan Mufti Perlis di tapak cerapan hilai negeri di Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Dalam pada itu, umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya melalui dalam talian melalui pautan https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php atau melalui aplikasi SnapNpay.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maips.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya