‘Terpulang kepada DAP nak kata apa’ - Utusan Malaysia

‘Terpulang kepada DAP nak kata apa’

AHMAD SAMSURI MOKHTAR (dua kanan) memerhatikan seorang warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas tidak mengambil pusing dakwaan DAP kononnya parti itu paling berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terpulang kepada DAP untuk berkata apa sahaja.

“Terserah nak kata apa pun, kita tak control (kawal) dia (DAP),” katanya ringkas ketika menjawab soalan pemberita selepas merasmikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Terengganu Fasa 2 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya Pas paling berbahaya dalam kerajaan PN berikutan hasrat parti itu untuk melaksanakan persempadanan semula yang berpihak kepada orang Melayu sekiranya menang dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Guan Eng, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mengadakan persempadanan kawasan berdasarkan kaum dan agama.

Guan Eng yang ketika itu berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka turut menyifatkan Pas kini hanya menindas rakyat bagi menutup kegagalan mereka sekali gus berbeza semasa dipimpin bekas Mursyidul Amnya, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.