Sesiapa saja boleh bertanding di Permatang Pauh-Wan Azizah - Utusan Malaysia

Sesiapa saja boleh bertanding di Permatang Pauh-Wan Azizah

Wan Azizah Wan Ismail melancarkan jentera PRU-15 Parlimen Lembah Pantai dengan melakukan simbolik pangkah undi PKR di sini, hari ini. -UTUSAN/ MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan segala keputusan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti PKR untuk meletakkan sesiapa sahaja calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.

Wan Azizah sekali gus menafikan beliau akan bertanding di kerusi yang disandang oleh anaknya Nurul Izzah Anwar, selepas timbul cakap-cakap Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang oleh Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Terserah kepada parti. Kalau ada mana-mana calon sesuai kita letakkan untuk menang. Sebab mereka yang bertanding ada yang calon lama, calon baharu malah ada juga yang tidak dapat peluang masa dahulu jadi kita berikan lagi peluang.

“Kalau saya boleh bertanding merata tempat alhamdulillah. Nampak gaya saya sesuailah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran jentera PRU-15 Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Turut hadir dalam pelancaran itu adalah ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil dan sebilangan ramai anggota parti PKR.

Mac lalu, tular di media sosial Wan Azizah yang kini duduk di kawasan Pandan, Selangor diangkat sebagai akan berpindah ke Permatang Pauh untuk menjaga legasi suami tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar pula dikatakan akan kekal di Parlimen Port Dickson, kawasan yang dimenanginya semasa PRU-14. Nurul Izzah pula dikatakan akan bertanding di Parlimen Ampang yang dipertahankan Zuraida sejak 2008.

Bagaimanapun, sehingga kini, dilaporkan belum ada sebarang ketetapan berhubung spekulasi tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya