fbpx

11 April 2021, 3:13 pm

  TERKINI

Rentas daerah rancakkan pelancongan Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Walaupun kebenaran rentas negeri belum dibenarkan, kebenaran rentas daerah yang berkuat kuasa semalam diharap dapat merancakkan kembali pelancongan di Pulau Pangkor.

Pengerusi Persatuan Hotel dan Resort Pulau Pangkor, Munir Shaari, berkata walaupun kebanyakan pelancong ke pulau itu datang dari Selangor dan Kuala Lumpur, pihaknya memahami rasio­nal kenapa kekangan itu dilakukan.

“Kebenaran rentas daerah amatlah dialu-alukan untuk meningkatkan sektor pelancongan.

“Sekurang-kurangnya rak­yat negeri masing-masing dapat keluar berjalan, lebih baik ada pelancong daripada tiada langsung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Munir, kekangan merentas negeri amatlah wajar memandangkan kes Covid-19 antara negeri masih lagi tinggi.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu jadi seperti sebelum ini iaitu ramai pelancong dari semua tempat datang tetapi akhirnya perlu dibuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula akibat kes Covid-19 yang tinggi.

Beliau berkata, keadaan itu akhirnya hanya akan merugikan ramai pihak.

Justeru, Munir berpendapat amat penting bagi semua pihak dalam sektor pelancongan menjana pendapatan daripada kebenaran rentas daerah sekiranya mahu meneruskan perniagaan pasca Covid-19 nanti.

Menurut beliau, banyak perniagaan yang gulung tikar semasa pandemik Covid-19 ini.

“Kerajaan terpaksa mengimbangi antara kesihatan rakyat dan kesihatan ekonomi.

“Ia sesuatu yang amatlah rumit dan tidak mudah dila­kukan. Harap kita semua dapat mengharunginya dengan berjaya,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE