fbpx

22 Mei 2022, 3:44 pm

  TERKINI

PKP ikut lokaliti, bertumpu

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ini akan dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu bermaksud PKP menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri tidak perlu lagi dilaksanakan.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

“Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara,” katanya ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) hari ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI