Solat Jumaat, solat fardu dibenarkan dengan jemaah separuh kapasiti - Utusan Malaysia

Solat Jumaat, solat fardu dibenarkan dengan jemaah separuh kapasiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membenarkan perluasan kapasiti jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

Perkenan itu membabitkan masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa esok.

Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah bagi solat Jumaat diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Ketetapan sama turut diberikan kepada jemaah solat fardu lima waktu iaitu separuh daripada kapasiti dewan solat, masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Selain itu, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat,” katanya .

Katanya, semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada esok tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat selaras nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya