Sebuah rumah sewa tempatkan 30 pekerja  - Utusan Malaysia

Sebuah rumah sewa tempatkan 30 pekerja 

KEADAAN salah sebuah rumah yang menempatkan pekerja asing yang diperiksa pada Operasi Bersepadu JTKSM di Kulim hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua buah syarikat yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Kulim di sini dikesan gagal mematuhi garis panduan penempatan pekerja di asrama hasil Operasi Bersepadu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), hari ini.

Dua buah syarikat terbabit ialah perusahaan perkayuan dan pembuat fail pejabat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, salah sebuah syarikat tersebut didapati menempatkan seramai 30 pekerja asing di sebuah rumah sewa yang mempunyai empat bilik di Paya Besar di sini.

AWANG HASHIM

“Malah, hasil pemeriksaan itu juga mendapati ada juga pekerja asing yang terpaksa tidur di ruang tamu dan ruang makan di rumah sewa.

“Syarikat itu didapati tidak memandang serius terhadap keselamatan pekerja di rumah sewa itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi bersepadu itu di pejabat JTK Kulim di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso); Jabatan Kesihatan Negeri; Polis Diraja Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Perbandaran Kulim.

Awang menambah, keadaan rumah sewa yang menempatkan terlalu ramai pekerja juga dibimbangi mengakibatkan penularan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau berkata, dua syarikat terbabit akan dikenakan tindakan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan,Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Tindakan tegas akan diambil ke atas majikan terlibat selepas tidak memandang serius soal keselamatan dan kebersihan kawasan penempatan pekerja,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya