Lima sesat di kawasan bukit ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Lima sesat di kawasan bukit ditemukan selamat

SEORANG anggota bomba membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang ditemui sesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Lima individu termasuk dua kanak-kanak yang dipercayai tersesat ditemukan selamat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.49 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi pada pukul 8.22 malam.

“Mangsa yang sesat terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun,” katanya.

“Salah seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki di atas kawasan bukit, lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jelasnya, berdasarkan maklumat, kumpulan terbabit dipercayai melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kampung Tandop di sini.

“Kesemua mangsa berjaya diturunkan oleh pasukan penyelamat dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Baling dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM,” katanya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.30 malam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya