fbpx

23 September 2021, 4:13 pm

Ingkar SOP: 752 ditahan, 718 dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ingkar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan seramai 752 individu lagi ditahan semalam.

Mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 53,961 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 718 dikompaun dan 34 direman dengan kesalahan tertinggi masih kekal tidak memakai pelitup muka iaitu 277 kes.

“Ini diikuti gagal sedia alat rekod butiran (137), tiada penjarakan fizikal (128), rentas kawasan tanpa izin (73), premis dibuka lebih masa (39) dan lain-lain (98),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejumlah 2,778 pasukan yang meliputi 11,950 anggota memantau 3,317 pasar raya, 4,627 restoran, 1,780 penjaja, 1,401 kilang serta 3,155 bank.

Katanya, turut dipantau ialah sejumlah 632 pejabat kerajaan, 1,061 terminal pengangkutan darat, 254 terminal pengangkutan air dan 70 terminal pengangkutan udara.

Seramai 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI