Covid-19: 3,631 kes positif, 18 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: 3,631 kes positif, 18 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,631 kes dengan 18 kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 176,180 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,814 kes.

Terdapat 251 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kuala Lumpur, menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 576 kes diikuti Selangor, 782 kes diikuti Johor, 466 kes; Sabah, 453 kes; Kuala Lumpur, 435 kes; Sarawak, 229 kes; Pulau Pinang, 202 kes; Negeri Sembilan, 197 kes; Terengganu, 178 kes; Kedah, 166 kes; Kelantan, 161 kes; Perak, 138 kes

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka iaitu Melaka, 82 kes; Pahang, 61 kes; Putrajaya, 39 kes; Labuan, 29 kes dan Perlis, 13 kes

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,554 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 132,706 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya