3,306 kes baharu, 4 kematian - Utusan Malaysia

3,306 kes baharu, 4 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,306 kes sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 161, 740 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 38, 791 kes.

Terdapat 226 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 94 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,213 kes diikuti Sabah, 432 kes; Johor, 329 kes; Kuala Lumpur, 250 kes;
Kelantan, 150 kes; Negeri Sembilan, 126 kes; Melaka, 156 kes; Pulau Pinang, 145 kes; Kedah, 142 kes, Perak, 114 kes dan Sarawak, 100 kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,293 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 122, 344 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya