3,170 kes positif, 16 kluster, 12 kematian - Utusan Malaysia

3,170 kes positif, 16 kluster, 12 kematian

kluster
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,170 kes dengan 12 kematian dan 16 kluster sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 172,549 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,755 kes.

Terdapat 260 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kuala Lumpur, menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 576 kes diikuti Selangor, 545 kes; Johor, 423 kes, Sabah, 401 kes; Perak, 245 kes; Pulau Pinang, 171 kes; Kedah, 156 kes; Kelantan, 135 kes; Sarawak, 132 kes; Melaka, 106 kes dan Negeri Sembilan, 102 kes.

“Baki negeri pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu, 57 kes; Pahang, 48 kes; Putrajaya, 33 kes dan Labuan, 32 kes serta Perlis, lapan kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,490 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 130,152 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya