Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri tiba di Masjid Negara - Utusan Malaysia

Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri tiba di Masjid Negara

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Baginda berangkat tiba kira-kira pukul 1.55 petang disusuli Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Datin Noorainee Abdul Rahman kira-kira 2.10 petang.

Selang lima minit kemudian, jenazah tiba di Masjid Negara diiringi konvoi yang disertai 32 kenderaan ahli keluarga terdekat termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Jenazah akan disembahyangkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni sebelum dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah yang juga ibu kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya