Lori diesel terbabas, muatan melimpah keluar - Utusan Malaysia

Lori diesel terbabas, muatan melimpah keluar

PASUKAN Bomba bertungkus lumus membersihkan jalan raya yang dipenuhi minyak diesel susulan sebuah lori muatan diesel terbabas di Jalan Jemapoh Pekan Kuala Pilah-Batu Kikir, Kuala Pilah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebuah lori dengan muatan diesel terbabas yang turut mengakibatkan muatan yang dibawa tersebut tumpah dalam kejadian kemalangan di Jalan Jemapoh Pekan Kuala Pilah-Batu Kikir membabitkan dekat sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi terdapat satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan 10,000 liter diesel terbabas.

“Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan susulan kejadian berkenaan.

“Terdapat tumpahan minyak diesel di atas jalan raya. Kami melakukan kerja-kerja pembersihan minyak sehingga pukul 9.30 pagi dan kemudiannya disambung oleh kakitangan Selia Selanggara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Eva Saifun berkata, pasukan bomba memantau keadaan sehinggalah lori muatan diesel yang terbalik itu berjaya ditegakkan semula.

Menurutnya, sebaik berjaya ditegakkan, laluan berkenaan disembur dengan air dan ditabur dengan serbuk papan.

“Kerja-kerja pembersihan kemudiannya disambung oleh kakitangan Selia Senggara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.