Lelaki lemas di kolam memancing - Utusan Malaysia

Lelaki lemas di kolam memancing

PASUKAN bomba membantu mengeluarkan mangsa lemas di sebuah kolam memancing di Gedok, Tampin tengah hari tadi.- Gambar Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Hajat penduduk kampung untuk menjala ikan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di sebuah kolam memancing di Gedok, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Wahid Septiadi yang merupakan warganegara Indonesia berusia lingkungan 20-an ke 30-an ditemukan mati lemas di kolam tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.29 tengah hari oleh orang awam.

“Kami tiba di lokasi pada pukul 12.35 tengah hari dan mendapati jasad mangsa sudah terapung di dalam kolam berkenaan.

“Mangsa dipercayai pemancing. Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan tali menyelamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Norfaizal berkata, mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya