Kes HIV menurun 50 peratus tahun lalu - Utusan Malaysia

Kes HIV menurun 50 peratus tahun lalu

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia pernah mencatat bilangan kes HIV tertinggi iaitu 6,978 kes pada 2002, namun jumlah itu menurun sebanyak 50 peratus pada akhir tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, negara juga dapat mengekalkan kadar jangkitan vertikal HIV dari ibu ke anak pada kadar di bawah dua peratus dan memastikan tidak menjadi ancaman kesihatan awam.

Menurut beliau, peratusan jangkitan HIV baharu dalam kalangan mereka yang menyuntik dadah juga menurun iaitu daripada 5,176 kes pada 2002 kepada 164, tahun lalu.

“Pemberian ubat antiretroviral (ARV) kepada mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) juga telah ditingkatkan iaitu dari 28 peratus pada 2015 kepada 57 peratus tahun lepas,’’ katanya katanya ketika berucap secara maya merasmikan Hari Kesedaran AIDS Sedunia 2020 peringkat kebangsaan hari ini.

Adham berkata, sambutan Hari Kesedaran AIDS yang disambut pada 1 Disember setiap tahun perlu menjadi platform untuk semua pihak memperbaharui komitmen dan tekad bagi mempergiatkan usaha bersama dalam menangani jangkitan HIV/AIDS.

Dalam hal itu beliau berkata, kerajaan menjalankan pelbagai aktiviti pencegahan, kawalan, rawatan dan jagaan HIV/AIDS sejak 1985, dan bermula sejak itu banyak perubahan positif berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya