Isteri, anak Syafiq Ahmad stabil, masih dirawat di Hospital Seberang Jaya - Utusan Malaysia

Isteri, anak Syafiq Ahmad stabil, masih dirawat di Hospital Seberang Jaya

MUHAMMAD Syafiq Ahmad masih bersedih di atas kehilangan anak, emak mentua dan pembantu rumahnya yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap pukul 4 pagi semalam. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Isteri dan anak kepada pemain Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, di sini pagi semalam masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Nur Amalina Nur Ain, 25, serta seorang anak perempuan mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, juga dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketika ini, Muhammad Syafiq yang juga penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) II turut menemani isteri dan anaknya di hospital berkenaan selepas tiba dari kampung mentuanya di Pendang, Kedah pagi tadi.

Turut menemani Muhammad Syafiq di HSJ ialah ahli keluarganya yang lain termasuk bapanya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menetap di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini.

Difahamkan, isteri dan anak Muhammad Syafiq akan dipindahkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Kedah Medical Centre (KMC) namun tidak ada maklumat lanjut berkenaan perkara itu setakat ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, kenderaan Toyota Vellfire yang dipandu Muhammad Syafiq dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh dan terseret kira-kira 30 meter sebelum merempuh pembahagi jalan.

Ekoran kejadian itu, Muhammad Syafiq kehilangan anak lelakinya yang baru berusia 22 hari,  Muhammad Aisy Saqeef dan ibu mentuanya, Zainan Wahab, 45, serta pembantu rumah mereka iaitu wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya