AMK sokong pendirian Anwar sokong Belanjawan peringkat dasar

AMK bersama pendirian Anwar sokong Belanjawan peringkat dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakannya bersama ahli parlimen lain menyokong Belanjawan 2021 di peringkat dasar.

“Kami sebulat suara menzahirkan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

“Seperti yang telah ditekankan oleh Presiden PKR sebelum ini, masih terdapat ruang untuk menyatakan pendirian yang tegas terhadap kerajaan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa pada minggu yang akan datang, supaya belanjawan yang dirangka benar-benar menyelami cabaran ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat dalam suasana pandemik Covid-19, ” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ramai pihak yang membantah tindakan pembangkang yang diketuai Anwar sendiri apabila menyokong pergulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar Khamis lalu. 

Namun Anwar menjelaskan yang pihaknya menyambut positif segala insentif yang diberikan kepada rakyat khususnya petugas barisan hadapan, namun akan meneliti perkara tersebut di peringkat Jawatankuasa. 

Dalam masa yang sama, AMK turut menyeru seluruh anggota untuk terus fokus menjalankan gerak kerja bagi memastikan hal ehwal kebajikan rakyat serta isu ekonomi dan pekerjaan anak muda mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Selain itu, AMK turut berdiri teguh bersama Presiden dalam usaha beliau untuk mengembalikan mandat rakyat, seperti yang turut dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya