ADUN Bugaya Manis Muka meninggal - Utusan Malaysia

ADUN Bugaya Manis Muka meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd. Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, tengah hari ini.

Kenyataan itu disahkan oleh Media Warisan Semporna di laman Facebooknya dengan kenyataan berbunyi: “Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Yang Berhormat Manis Muka Mohd. Darah yang baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Inshaallah… Aamiin. Al-Fatihah.”

Semalam pengguna akaun Facebook, Fara Deeba Sabardin yang merupakan anak kepada Manis Muka menyatakan Ketua Wanita Parti Warisan Sabah Bahagian Semporna itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Kota Kinabalu.

“Assalammualaikum…walaupun berat untuk saya menulis tapi saya percaya 44 kali kita berdoa Inshaallah akan dimakbulkan doa-doa kita… Saya mohon kepada semua keluarga, rakan-rakan doakan ibu kami supaya diberikan kesihatan dan kekuatan yang sekarang sedang berada di ICU.

“Semoga dengan doa-doa kalian akan diangkat dan dimakmulkan oleh Allah SWT berikan dia kekuatan serta semangat untuk terus kuat.. Terima Kasih kepada yang mendoakan semoga kamu dapat ganjaran yg berlipat kali ganda,” katanya.

Menurut sumber, Manis Muka masuk dimasukkan ke ICU akibat menghidap penyakit buah pinggang.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 26 September lalu, Manis Muka mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Beliau mengalahkan enam calon lain termasuk calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Daud Tampokong yang hanya mendapat 2,552 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya