Tiga sekolah ditutup di Ketengah Jaya - Utusan Malaysia

Tiga sekolah ditutup di Ketengah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Tiga sekolah termasuk dua sekolah menengah di Ketengah Jaya di sini ditutup serta-merta dalam tempoh tujuh hingga 14 hari berikutan terdapat pelajarnya yang disahkan positif Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, penutupan sementara itu melibatkan Sekolah Kebangsaan Kerteh 1 di samping Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bilangan pelajar yang positif pandemik tersebut.

“Ketiga-tiga sekolah ini diarahkan ditutup untuk kerja-kerja nyah kuman selepas terdapat pelajarnya yang positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, keadaan di Ketengah Jaya masih terkawal sekali gus meminta orang ramai tidak panik dan membuat spekulasi mengenai pelaksanaan kawalan pergerakan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka,” katanya. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengesahkan sebanyak 11 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan di Ketengah Jaya hari ini dengan dua daripadanya melibatkan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Sehubungan itu, pusat kuarantin di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini yang boleh menempatkan 100 pesakit akan dibuka di samping turut mengadakan sekatan jalan raya di beberapa laluan utama di Ketengah Jaya bermula dari pukul 7 pagi hingga 11 malam. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya