LKM motosikal, CDL boleh diperbaharui melalui myEG - Utusan Malaysia

LKM motosikal, CDL boleh diperbaharui melalui myEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) motosikal boleh melakukan secara atas talian melalui sistem myEG bermula 9 Oktober ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagi lesen memandu kompeten (CDL) pula, kaedah sama boleh dibuat bermula 16 Oktober depan.

Katanya, bagaimanapun, ini tidak termasuk bagi lesen belajar memandu (LDL) dan lesen memandu percubaan (PDL). 

“Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

“Pada waktu ini, perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG ini untuk urusan perbaharui LKm hanya untuk kereta persendirian sahaja,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter susulan akibat pandemik berkenaan.

Ujarnya, justeru itu, inisiatif ini diharap akan membantu perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya