Abdul Rashid terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM

Abdul Rashid terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM

TUANKU Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan kepada Abdul Rashid pada Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM  di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, di sini hari ini.

Naib Canselor USIM, Profesor. Datuk Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan Abdul Rashid yang telah mencurahkan kepakaran lebih lima dekad dalam bidang perbankan, pelaburan dan tadbir urus korporat.

Menurutnya, kepimpinan dan sumbangan Abdul Rashid khususnya dalam memperkasakan syiar Islam serta agenda sosioekonomi negara  menjadi inspirasi kepada graduan dan seluruh warga USIM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan tokoh ini yang telah mengabdikan lebih lima dekad kepakarannya dalam perbankan, pelaburan dan tadbir urus korporat. 

“Kepimpinan serta sumbangan bakti beliau, khususnya dalam memperkasakan syiar Islam dan agenda sosioekonomi menjadi sumber inspirasi tersohor buat seluruh graduan dan warga 

USIM,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-24, di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, di sini, hari ini. 

Majlis penuh istiadat tersebut disempurnakan oleh  Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan berangkat bagi mengisytiharkan pembukaan konvokesyen berkenaan.

Selain itu, Profesor Ts. Dr. Norita Md Norwawi dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) PULA dianugerahkan gelaran Profesor Emerita sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran beliau dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), etika teknologi serta integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Beliau yang pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan utama termasuk Dekan FST, Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Pengarah Institut Sains Islam turut menyumbang dalam melahirkan puluhan graduan Doktor Falsafah (PhD).

“Selain itu, kepimpinan dinamik beliau yang  pernah menjawat pelbagai pimpinan utama seperti Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, serta Pengarah Institut Sains Islam bukan sahaja telah melahirkan  puluhan graduan Doktor Falsafah, malah menyuntik nilai amanah, akhlak, dan kepimpinan kemanusiaan dalam jiwa mahasiswa USIM,” kata Sharifudin.

Seramai 3,363 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian diraikan sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ini.

Daripada jumlah itu, seramai 2,709 graduan menerima ijazah sarjana muda, 452 GRADUAN menerima Diploma Siswazah manakala masing-masing 101 graduan menerima ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini