Janda 'Michat' didenda RM3,000 kerana melacur - Utusan Malaysia

Janda ‘Michat’ didenda RM3,000 kerana melacur

TERTUDUH didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah melacurkan diri dengan mencari langganan melalui aplikasi MiChat pada minggu lalu di Ayer Keroh. -UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Wanita berstatus janda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah melacurkan diri dengan mencari langganan melalui aplikasi MiChat pada minggu lalu. 

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun sebaik sahaja dia membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu didapati mencari langganan bagi maksud persundalan kira-kira pukul 6.40 petang di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya pada 8 Oktober lalu. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Menurut fakta kes, tertuduh didapati membuat tawaran seks melalui aplikasi Michat dengan menggunakan nama ‘Tina FL’ dan menawarkan bayaran serendah RM150. 

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah diberikan dengan alasan dia perlu menanggung kedua ibu bapanya yang uzur. 

Bagaimanapun pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari meminta hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat. 

Muhammad Nazrin kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar denda.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya