Syabu RM2.5j dalam bungkusan teh - Utusan Malaysia

Syabu RM2.5j dalam bungkusan teh

ZULKIFLEE Rashid (tengah) menunjukkan dadah dipercayai syabu yang disorokkan dalam bungkusan teh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini. UTUSAN/ RIZANIZAM ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka menahan tiga lelaki termasuk dua beranak serta merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM2.5 juta dalam dua serbuan berasingan di Johor dan negeri ini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, kesemua syabu seberat 51.8 kilogram yang diisi dalam 50 pek teh itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Menurutnya, aktiviti pengedaran dadah itu didalangi tiga warga tempatan termasuk dua beranak masing-masing berusia 56 dan 27 tahun dan rakan bapanya berusia 49 tahun.

“Dua beranak itu ditahan di kawasan pangsapuri di Klebang Kecil pada malam Jumaat lalu, sebelum pemeriksaan lanjut menemukan 50 pek serbuk teh mengandungi dadah dipercayai jenis syabu.

“Kesemua dadah itu disorokkan dalam dua buah kereta di kawasan parkir pangsapuri berkenaan, manakala seorang lagi suspek ditahan di Pontian, Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Zulkiflee berkata, polis turut merampas kereta berkenaan yang dianggarkan bernilai RM45,500.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati, dua beranak yang ditahan itu masing-masing mempunyai 10 rekod berkaitan dadah selain rakannya turut memiliki rekod kesalahan bahan terlarang itu.

Kesemua suspek yang didapati positif dadah kini direman selama seminggu sehingga 2 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.